Gangguan sistem eGate Bangunan Sultan Iskandar masih belum pulih
Anggaran Waktu Membaca:
JOHOR BAHRU: Gangguan sistem eGate di Bangunan Sultan Iskandar (BSI), Johor Bahru, masih belum pulih.
Sungguhpun begitu, operasi kawalan sempadan kekal berjalan seperti biasa dengan implikasi terhad terhadap para pemegang pasport asing.
Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) BSI menerusi catatan di Facebook memaklumkan keadaan di semua zon adalah terkawal dan warganegara Malaysia boleh terus menggunakan kemudahan eGate seperti biasa.
“Dimaklumkan bahawa gangguan sistem eGate masih berulang dan status operasi adalah kekal, iaitu melibatkan pemegang pasport asing sahaja. Pemegang pasport asing boleh menggunakan eGate di lokasi seperti Dewan Bas Masuk melibatkan eGate 19, 20, 21 dan 22 serta Dewan Bas Keluar (eGate 5, 6, 7 dan 8).
“Pihak Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) bersama AKPS masih giat menjalankan tindakan pembaikan serta pemantauan berterusan bagi menangani isu ini,” menurut catatan itu.
Sebagai langkah mengurangkan kesesakan, AKPS memaklumkan para pelawat asing dinasihatkan supaya memuat turun aplikasi Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (MyNIISe) untuk menggunakan kaunter QR serta kaunter manual yang disediakan.
Agensi itu turut menasihatkan orang ramai supaya mematuhi semua panduan dan arahan berkaitan serta memberi laluan kepada golongan yang memerlukan demi keselesaan dan keselamatan ramai.
Pada Sabtu (10 Jan), puluhan ribu warga asing dilaporkan terkandas dan beratur panjang di dua pintu masuk darat Malaysia dengan Singapura susulan gangguan teknikal yang menyebabkan kebanyakan pintu automatik imigresen tidak berfungsi.

Sumber : Bernama/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.