Gangguan Microsoft 365 jejas bermacam khidmat
Microsoft pada lewat Isnin (28 Sep) menyatakan satu perubahan yang diperkenalkannya baru-baru ini mungkin menyebabkan gangguan besar sehingga menjejas akses pengguna kepada sebilangan khidmat Microsoft 365 termasuk Outlook.com dan Microsoft Teams.
WASHINGTON: Microsoft pada lewat Isnin (28 Sep) menyatakan satu perubahan yang diperkenalkannya baru-baru ini mungkin menyebabkan gangguan besar sehingga menjejas akses pengguna kepada sebilangan khidmat Microsoft 365 termasuk Outlook.com dan Microsoft Teams.
Pembangun perisian Windows dan Office itu menyatakan ia tidak "menyaksikan peningkatan pada sambungan yang berjaya" walaupun setelah menarik balik perubahan tersebut bagi mengurangkan kesannya.
"Kami sedang menjalankan langkah-langkah bagi mengurangkan kesan akibat masalah ini. Sejajar dengan itu, kami mengalihkan laluan ke sistem alternatif untuk memberikan kelegaan lebih lanjut kepada pengguna yang terjejas," jelas Microsoft di halaman statusnya tanpa menyatakan berapa ramai pengguna yang terkesan.
Menurut sesetengah pengguna Twitter, dengan gangguan tersebut, ini bermakna mereka boleh terlepas temu duga pekerjaan dan tarikh akhir bagi tugasan kuliah.
Pembuat Xbox itu juga menyatakan ia sedang berusaha untuk menilai huraian lain sedang ia menyiasat punca gangguan tersebut.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.