Gangguan IT Microsoft jejas 8.5 juta peranti Windows
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar fail: Adam Gray / GETTY IMAGES NORTH AMERICA / Getty Images via AFP)
BERLIN: Sekitar 8.5 juta peranti Windows terjejas oleh kemas kini perisian yang menyebabkan gangguan meluas di seluruh dunia, menurut gergasi teknologi Amerika Syarikat (AS), Microsoft, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Ini membentuk kurang satu peratus daripada semua komputer Windows, menurut syarikat itu menerusi blognya.
Walaupun begitu, kesan ekonomi dan sosial yang meluas menunjukkan betapa banyak syarikat yang menjalankan perkhidmatan penting menggunakan penyedia perisian CrowdStrike.
Gangguan sistem IT itu menyebabkan gangguan besar di seluruh dunia pada Jumaat (19 Jul), hampir melumpuhkan trafik udara di banyak tempat.
Pasar raya, bank, hospital, stesen televisyen dan institusi lain turut terjejas.
CrowdStrike menyebut kemas kini perisian untuk komputer Windows sebagai punca. Firma itu mengisytiharkan isu itu selesai pada petang Jumaat, tetapi beberapa kesan masih dirasai selepas itu.
Menurut Persatuan Lapangan Terbang Jerman, trafik udara di Jerman sebahagian besarnya kembali normal buat masa ini.
Pejabat Keselamatan Maklumat Persekutuan (BSI) menyatakan pada petang Sabtu (20 Jul) bahawa keadaan sedang stabil di banyak kawasan, tetapi banyak syarikat terus berdepan kesan gangguan itu.
"Belum dapat dipastikan secara muktamad bagaimana kod yang rosak itu masuk ke dalam kemas kini CrowdStrike. BSI juga dalam komunikasi intensif dengan syarikat itu mengenai perkara ini," kata pejabat itu.

Sumber : Bernama/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.