Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Gangguan besar IT jejas syarikat merata dunia, termasuk SG, Amerika dan Australia

Anggaran Waktu Membaca:
Gangguan besar IT jejas syarikat merata dunia, termasuk SG, Amerika dan Australia

Satu kesilapan Microsoft dilihat pada peranti pada 19 Jul 2024. (Gambar: Facebook/Dan Marries - KOLD News 13)

AGENSI: Satu gangguan siber global sedang menjejas pelbagai perkhidmatan seperti penerbangan dan perbankan serta operasi syarikat di negara-negara seperti Singapura, Amerika dan Australia.

Gangguan itu, yang bersangkut-paut dengan Windows Microsoft, dikatakan berpunca daripada satu isu sofwe keselamatan siber syarikat Crowdstrike.

Crowdstrike, dalam satu makluman teknikal yang dikeluarkan pada Jumaat (19 Jul), sedia maklum bahawa pihaknya menerima "banyak laporan BSOD mengenai hos-hos Windows" dan sedang "menyiasat puncanya".

Ia kemudian mengemas kini bahawa "CrowdStrike Engineering sudah mengenal pasti satu penggunaan kandungan berkaitan isu ini" dan sudahpun menarik balik penggunaannya untuk menghuraikan isu tersebut.

BSOD merujuk kepada istilah "blue screen of death", lazimnya digunakan untuk menggambarkan bagaimana satu sistem lumpuh dalam sistem operasi Windows Mircrosoft.

OPERASI PENERBANGAN, PERNIAGAAN TERGANGGU

Sumber-sumber pasaran di Britain menyatakan bahawa platform-platform kumpulan Bursa Saham London tidak beroperasi seperti biasa. Laman kumpulan luar Downdetector pula menunjukkan gangguan berlaku di beberapa syarikat bank dan telekomunikasi di Australia.

Pendaftaran masuk di Lapangan Terbang Changi dilaporkan turut terjejas.

Lapangan Terbang Sydney dan Melbourne juga melaporkan isu-isu teknologi yang menjejas prosedur pendaftaran.

Penyiar negara ABC menyatakan pihaknya mengalami satu "gangguan rangkaian besar", tanpa memberikan sebarang butiran lanjut.

Dalam satu mesej yang terdahulu dirakam dan hari ini dimainkan di Sky News Australia, koresponden Tom Connel menjelaskan bahawa gangguan itu disyaki bukan disebabkan satu pencerobohan.

"Komputer, sistem dan semuanya di Sky News terganggu, sama seperti masalah yang sedang dihadapi syarikat-syarikat besar di merata negara," katanya.
Sumber : Agensi berita/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan