Gangguan bekalan elektrik di CIQ berpunca daripada kerosakan satu janakuasa
Anggaran Waktu Membaca:
ISKANDAR PUTERI: Gangguan bekalan elektrik di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI), Johor Bahru berpunca daripada kerosakan pada salah satu daripada set janakuasa di premis itu.
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Johor Mohamad Fazli Mohamad Salleh berkata sebelum ini, kompleks berkenaan hanya menerima bekalan elektrik daripada satu sumber dan kerajaan menyediakan tujuh set janakuasa sebagai sumber bekalan elektrik tambahan.
“Pagi tadi berlaku sedikit kekecohan di CIQ BSI khususnya apabila dewan laluan pejalan kaki berlaku putus bekalan susulan kerja-kerja penyelenggaraan yang dibuat Tenaga Nasional Berhad (TNB). Kerja itu dijadual bermula pukul 8.00 malam hingga 4.00 pagi.

“Sewaktu kerja-kerja dimulakan, tujuh set generator beroperasi dengan baik, kemudian satu daripadanya rosak kira-kira pukul 11.00 malam, sehingga berlaku penutupan keseluruhan bekalan pada pukul 2.00 pagi sebelum bekalan elektrik kembali pulih pada pukul 9.30 pagi,” katanya pada sidang media di pejabatnya di Bangunan Dato' Abdul Rahman Andak, Kota Iskandar pada Rabu (6 Dis).
Encik Mohamad Fazli berkata walaupun sistem e-Gate tidak berfungsi dalam tempoh itu, tetapi sembilan kaunter laluan kontra beroperasi dengan baik dan berjaya menyuraikan pelawat antara Malaysia dan Singapura.
Bagaimanapun beliau berkata kejadian itu tidak menjejas pergerakan keluar masuk para pelawat antara kedua-dua negara, berikutan terdapat beberapa laluan lain yang telah disediakan sebelum ini.
“Pihak kami bersama Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri, sedang mengkaji laluan sumber bekalan elektrik baharu untuk dijadikan alternatif bagi kompleks itu, sekali gus memastikan kejadian sama tidak berulang.
“Langkah penambahbaikan ini termasuk melakukan ujian pelaksanaan terhadap semua set generator beserta beban penggunaan, berbanding prosedur sedia ada yang dibuat tanpa beban penggunaan,” katanya.
Encik Mohamad Fazli berkata set janakuasa yang rosak, akan diperbaiki terlebih dahulu dengan kos dianggarkan sebanyak RM800,000 (S$229,680) bagi ketujuh-tujuh set janakuasa.
Sebelum ini, Menteri Besar Johor Onn Hafiz Ghazi menyifatkan kejadian itu sebagai "menyusahkan pengguna dan memalukan negeri".
Menerusi catatannya Encik Onn Hafiz itu, kebanyakan pelawat merungut dan kesal dengan kejadian itu, kerana terpaksa beratur panjang dan lama dalam kepanasan terutamanya warga emas dan kanak-kanak.

Sumber : Bernama/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.