Skip to main content

Dunia

Gangguan bekalan air sekitar KL sudah pulih 80%

Pemulihan bekalan air di 50 kawasan sekitar ibu kota Kuala Lumpur, Malaysia, berikutan kebocoran paip pengepaman di Rumah Pam Segambut pada Ahad (10 Okt) mencapai tahap 80 peratus setakat 6.00 pagi ini (11 Okt). 

Anggaran Waktu Membaca:
Gangguan bekalan air sekitar KL sudah pulih 80%

(Gambar hiasan: Luis Tosta/Unsplash)

Diterbitkan : 11 Oct 2021 09:49AM Dikemas Kini : 11 Oct 2021 09:51AM

KUALA LUMPUR: Pemulihan bekalan air di 50 kawasan sekitar ibu kota Kuala Lumpur, Malaysia, berikutan kebocoran paip pengepaman di Rumah Pam Segambut pada Ahad (10 Okt) mencapai tahap 80 peratus setakat 6.00 pagi ini (11 Okt). 

Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) Elina Baseri berkata kawasan yang belum pulih adalah Anjung Tiara, Bukit Prima Pelangi, Bukit Segambut, Dutamas dan Taman Bukit Sri Bintang.

Turut terlibat Taman Flora Impian, Taman Prima Impian, Taman Seri Bukit Segambut, Taman Sri Bintang dan Taman Sri Sinar. 

Cik Elina berkata tempoh masa gangguan dan pemulihan bekalan air di kawasan-kawasan yang terjejas berbeza bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna serta tekanan air pada sistem agihan bekalan air.

"Pengguna yang telah mendapat bekalan air dinasihatkan menggunakan air secara berhemat bagi memastikan proses pemulihan di kawasan yang masih terjejas berjalan lancar," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini. 

Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita