Skip to main content

Dunia

Gambar semasa muda disangka wanita lain, seorang isteri tikam suaminya

Seorang isteri yang dalam keadaan bingung dan marah bertindak menikam suaminya setelah melihat gambar suaminya bersama seorang wanita lebih muda. 

Anggaran Waktu Membaca:
Gambar semasa muda disangka wanita lain, seorang isteri tikam suaminya

Gambar hiasan. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 24 Jan 2021 09:04PM Dikemas Kini : 24 Jan 2021 09:06PM

SONORA, MEXICO (ANN): Seorang isteri yang dalam keadaan bingung dan marah bertindak menikam suaminya setelah melihat gambar suaminya bersama seorang wanita lebih muda.

Bagaimanapun, tanpa disedari, gambar wanita di dalam gambar itu adalah dirinya sendiri ketika masih muda dulu.

Akibat tindakannya itu,wanita yang dikenal pasti sebagai Leonora N., ditangkap di Senora, Mexico, menurut majalah Yucatan Magazine.

Suspek menyerang suaminya, yang hanya dikenal pasti sebagai Juan N., setelah melihat gambar-gambarnya bersama "wanita lebih muda" di dalam telefon bimbitnya.

Namun sebenarnya, gambar-gambar itu adalah semasa mereka masih muda dan baru sahaja berkenalan, menurut laporan.

Polis tiba di tempat kejadian setelah jiran mereka melaporkan terdengar jeritan dan pergaduhan dari rumah pasangan tersebut. 

Sumber : Agensi berita/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita