Skip to main content

Dunia

Gambar Pilihan Hari Ini

Anggaran Waktu Membaca:
Gambar Pilihan Hari Ini

(Gambar: Threads/zzrangerz)

Diterbitkan : 25 Mar 2025 11:52AM Dikemas Kini : 25 Mar 2025 11:55AM
MALAYSIA: Perjalanan biasa untuk ke tempat kerja bagi seorang penumpang di Malaysia ini bertukar menjadi pengalaman yang menceriakan dan mengagumkan.

Apa tidaknya, kereta yang dipesan melalui khidmat kereta sewa privet 'Grab' meriah dihias dengan dekorasi Hari Raya, seperti gantungan hiasan ketupat.

Malah, yang membuat penumpang itu lebih terpegun adalah pemandu itu seorang lelaki Cina!

Perjalanan ke tempat kerja bagi penumpang itu bahkan menjadi lebih meriah, bukan disebabkan hiasan menarik sahaja, tetapi kerana lagu Raya juga dipasang sepanjang perjalanan.

Barulah semangat untuk beraya!
Sumber : BERITA Mediacorp/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita