Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Gambar Pilihan Hari Ini

Anggaran Waktu Membaca:
MALAYSIA: Ternyata bukan manusia sahaja yang tidak mampu menahan godaan durian, malah gajah juga tidak sanggup menolak jika ditawarkan untuk memakan durian.

Menerusi satu video TikTok, seorang pembekal durian berkongsi bagaimana kedainya disinggahi dua ekor gajah.

Haiwan itu dibawa dalam trak oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar Malaysia, dan trak tersebut berhenti tepat di hadapan kedai mereka.

Penjual lantas mengusik seolah-olah mahu "belanja" beberapa biji durian kepada dua gajah berkenaan. Tanpa disangka-sangka, haiwan tersebut terus menikmati raja buah itu.

Ramai netizen terhibur dan mengaku mereka baru tahu bahawa gajah juga makan durian, siap dengan kulitnya sekali.
Sumber : BERITA Mediacorp/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan