Anggaran Waktu Membaca:
MALAYSIA: Sungguh malang tidak berbau.
Dalam catatan Facebook 'Tragedi Hari Ini', seorang wanita berkongsi pengalamannya sedang memasak lauk sambal sotong apabila tiba-tiba seekor biawak terjatuh ke dalam periuknya.
Catatan itu diiringi dengan beberapa gambar yang menunjukkan seekor biawak berwarna hitam jelas terapung di atas lauk sambal sotong itu.
Akibat kejadian itu, wanita itu kerugian 3 kilogram sotong yang dimasak.
Di ruangan komen, sesetengah netizen seolah-olah memujuk wanita itu dengan mengatakan bahawa ia bukan rezekinya.
Ada yang bahkan berseloroh berkata daripada dibuang lauk sambal sotong itu, mengapa tidak dimasak sahaja gulai biawak!

Sumber : BERITA Mediacorp/HA/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.