Skip to main content

Dunia

Gambar Pilihan Hari Ini

Anggaran Waktu Membaca:
Gambar Pilihan Hari Ini

(Gambar: Virgin Australia/LinkedIn)

Diterbitkan : 19 Aug 2024 03:04PM
BRISBANE: Inilah Alle Sayers - pekerja sindrom Down dalam pasukan Khidmat Pelanggan syarikat penerbangan Virgin Australia.

Beliau mula bertugas di Melbourne sejak Mei lalu dan bahkan sudah mendapat pekerjaan sambilan tetap bersama syarikat tersebut.

Pada bulan lalu pula, beliau sekali lagi membanggakan keluarganya dengan berkongsi pengalaman mendapat pekerjaan di satu Kongres Sindrom Down Dunia di Brisbane.

"(Beliau) membantu dunia memahami lebih baik keunikan setiap individu," menurut Virgin Australia menerusi catatannya di LinkedIn.

Ramai menyambut baik langkah syarikat itu kerana ia jelas bersikap inklusif.

"Sebagai seorang bapa kepada anak perempuan yang kurang upaya dan bergelut untuk mendapatkan pekerjaan sambilan, saya suka melihat syarikat-syarikat yang menggajikan golongan kurang upaya," tulis seorang pengguna, Jay Craig.

"Saya harap, sedang syarikat-syarikat menetapkan sasaran untuk menggajikan wanita dan lain-lain, mereka juga akan melakukan sama buat golongan kurang upaya. Ia sangat penting buat masa hadapan kita."
Sumber : Sumber Web/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita