Gambar Pilihan Hari Ini
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Pembaca BERITA Mediacorp
JOHOR BAHRU: Adat beraya pastinya tidak lengkap tanpa juadah seperti rendang, kuih-muih, ketupat dan lemang.
Tidak hairanlah, jika ramai yang masih keluar berpusu-pusu sehari sebelum menjelangnya Aidilfitri semata-mata untuk memastikan juadah-juadah tersebut dapat dihidangkan di atas meja untuk jamuan seisi keluarga pada pagi Syawal.
Gambar Pilihan Hari Ini, yang dikongsi oleh seorang pembaca BERITA Mediacorp, menunjukkan sebuah gerai tepi jalan yang dikunjunginya di Jalan Kebun Teh Lama, Johor Bahru ketika beliau sedang mendapatkan lemang untuk sambutan Hari Raya.
Di sana, batang-batang kayu lemang kelihatan disusun rapi, dengan kepulan asap yang berlegar daripada batang lemang yang dibakar itu.
Pengalaman membeli lemang untuk sambutan Hari Raya semestinya hanya dapat dirasakan ketika anda di seberang tambak sahaja.

Sumber : BERITA Mediacorp/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.