Gambar Pilihan Hari Ini
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Nitaa menerusi @ngakaksehat/Instagram)
BERITA Mediacorp: Rakyat Indonesia memang terkenal dengan pelbagai iklan lucu yang dihasilkan.
Bagi peniaga di warong di Nusa Tenggara Barat ini, papan iklannya dijadikan seperti kad mengundi yang tertulis: "Saya tidak nyaleg (bertanding). Saya jualan Mie Tek Tek."
Mie Tek Tek pula - hidangan Jawa yang sering dijual di tepi jalan Bandung dan Surabaya - disenaraikan sebagai salah satu daripada empat 'calon' yang boleh dipilih pelanggan.
Lebih mencuit hati, Warung Bik Kori juga mempunyai slogannya tersendiri, iaitu: "Mari!!! Bersama-sama kita membangun kesejahteraan perut lapar." 🤣

Sama ada hidangan yang dijual sedap atau tidak, apa yang pasti, warung "terbaik di Nusa Tenggara Barat" ini sudah menarik perhatian ramai.
Penjual juga jelas kreatif kerana berjaya menghasilkan iklan yang bertepatan dengan pilihan raya yang bakal menjelang di Indonesia, tahun hadapan.

Sumber : Sumber Web/AQ/aq
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.