Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Gambar Pilihan Hari Ini

Anggaran Waktu Membaca:
BERITA Mediacorp: Memberi ‘duit salam’ sememangnya satu perkara biasa di majlis perkahwinan orang Melayu walaupun ia bukan satu kemestian.

Bagi seorang pengguna TikTok, @jihaaaa98 atau dikenali sebagai Jiha, 'duit salam' yang ditemui bagaimanapun akan dikenang sampai bila-bila.

Semasa mengira jumlah pemberian duit salam, wanita itu menyedari ada dua wang kertas RM20 (S$5.80) yang kelihatan lain daripada yang lain.

Ia bukan wang 'tulen'... sebaliknya lukisan yang dihasilkan menggunakan pensil warna.

Gambar penyu berenang pada wang kertas juga kelihatan ‘aneh’ kerana berbadan hitam dan tidak berwajah.

“Agak-agak bawak ke Bank Negara dapat berapa ya?,” tulis Jiha pada ruangan kapsyen seolah-olah terhibur.
Sumber : Agensi berita/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan