Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Gambar Pilihan Hari Ini

Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Sambutan Thaipusam kembali rancak tahun ini di Malaysia selepas dua tahun ditiadakan akibat pandemik COVID-19.

Gambar Pilihan Hari Ini menampilkan antara sorotan bagi perayaan tersebut dalam kalangan para penganut Hindu, yang mana melibatkan upacara kavadi.

Penganut dalam Gambar Pilihan Hari Ini jelas bersemangat mengangkat kavadi seberat 45 kilogram itu ke Kuil Sri Subramaniar Swamy di Batu Caves, sebagai sebahagian daripada pelaksanaan upacara ibadat tersebut.

Seseorang penganut yang berhasrat untuk melakukan upacara tersebut perlu menjadi vegan dan melakukan ibadat selama tempoh 48 hari sebelumnya.

Ramai penganut Hindu dijangka ke Batu Caves - dan kuil-kuil lain di merata negara tersebut - sepanjang hujung minggu ini bagi sambutan Thaipusam.

Malah, sehingga dua juta orang dijangka membanjiri pekarangan kuil tersebut tahun ini, termasuk para pelancong dari seluruh pelosok dunia.
Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan