Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Gambar Pilihan Hari Ini

Anggaran Waktu Membaca:
BERITAmediacorp: Jika anda ternampak awan sebegini, adakah anda akan segera mengambil gambar atau mencari tempat berteduh?

Fenomena awan arcus ini disaksikan di Kota Kinabalu, Sabah pada 1 Julai lalu sebelum angin kencang dan hujan lebat melanda kawasan itu. Meskipun menakjubkan, ia juga boleh disifatkan sebagai menggerunkan kerana kelihatan seperti tsunami di langit.

Namun pakar klimatologi di Universiti Malaysia Sabah memberi jaminan kepada orang ramai bahawa mereka tidak perlu panik kerana ia tidak sebahaya taufan.

Malah, fenomena ini sebenarnya berlaku disebabkan pertembungan antara udara panas dan sejuk, yang juga suatu keadaan atmosfera yang tidak stabil, sekali gus mencetuskan ribut dan hujan lebat.
Sumber : BERITA Mediacorp/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan