Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Gambar Pilihan Hari Ini

Anggaran Waktu Membaca:
BERITAmediacorp: Ini mungkin kelihatan seperti katil dua tingkat yang canggih, namun ia bukan terletak di tempat yang biasa-biasa. Ini sebenarnya bakal ditawarkan 30,000 kaki di udara - dalam pesawat Air New Zealand!

Ruang tidur yang dipanggil Skynest ini malah disifatkan syarikat penerbangan itu sebagai "pod tidur pertama di dunia yang terletak di udara bagi penumpang Ekonomi", lengkap dengan tilam, bantal dan cadar! Namun ia hanya akan ditawarkan dalam penerbangan Dreamliner baru Air New Zealand bermula 2024.

Bagaimanapun, enam pod tidur sahaja disediakan di bahagian belakang pesawat, dengan harga berasingan dikenakan daripada tiket penerbangan, bagi tempahan empat jam. Usah risau, anak-anak kapal juga akan membersihkan dan menukar cadar setiap kali ruang tidur itu dikosongkan!
Sumber : BERITA Mediacorp/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan