Skip to main content

Dunia

Gambar Pilihan Hari Ini

Anggaran Waktu Membaca:
 Gambar Pilihan Hari Ini

Gambar: Shopee Malaysia

Diterbitkan : 14 Apr 2022 04:32PM

BERITAmediacorp: Kerusi plastik juara dunia tujuh kali Formula 1 Lewis Hamilton duduk di pam minyak Petronas dijual hampir S$900 di laman e-dagang Shopee baru-baru ini.

Sebelum ini, pemandu Mercedes itu dilihat berada di sebuah stesen minyak Petronas di Ampang, Malaysia.

Beliau dengan teman sepasukannya, George Russell berada di Kuala Lumpur bagi Program Petronas Welcome Home.

Ketika berada di stesen minyak itu, Hamilton berehat seketika dengan duduk di atas kerusi yang disediakan.

Apa yang menakjubkan adalah kerusi itu berjaya dijual pada harga RM2,888.88 (S$931) oleh limabintangautoparts, penjual di Shopee bertaraf 'Preferred' dengan penilaian pembeli setinggi 4.9 bintang.

Sumber : BERITA Mediacorp/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita