Gambar Pilihan Hari Ini
Gambar: Chinese University of Hong Kong
BERITAmediacorp: Sekali pandang, anda mungkin menyangka (ahem) ini adalah gambar najis. Namun, jika anda pernah menonton filem 'Venom' ia seakan-akan mirip watak dalam wayang tersebut.
Gambar Pilihan Hari Ini, sebenarnya sejenis robot yang dicipta oleh penyelidik di Universiti Hong Kong China.
Uniknya, tekstur dan bentuk robot ini sama dengan lendir hitam. Namun, ia mempunyai kemampuan yang luar biasa dengan boleh menyelinap di tempat sempit dan berubah bentuk.
Digerakkan menggunakan bahan magnetik didalamnya, robot itu boleh mencari objek asing seperti besi yang tidak sengaja tertelan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.