Gambar Pilihan Hari Ini
Gambar: GENYA SAVILOV / AFP
BERITAmediacorp: Rakyat di Ukraine tidak akan tunduk kepada Rusia - demikian ikrar yang dilaungkan penduduk di negara Eropah Timur ini - dari Presidennya Volodymyr Zelensky hingga ke rakyat jelata ketika negara itu dilanda peperangan akibat serangan tentera Rusia.
Gambar Pilihan Hari ini menampilkan semangat bersatu yang kental dalam kalangan penduduk Ukraine.
Sedang askar negara berjuang menangkis serangan musuh, anggota bomba pula bertungkus-lumus memadamkan api dan membersihkan serpihan akibat bedilan Rusia.
Kami tabik semangat berjuang lelaki mahupun wanita Ukraine yang berani mempertahankan negara tersayang.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.