Gambar Donald Trump di penjara Georgia dikeluarkan
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: AFP/Fulton County Sheriff's Office)
ATLANTA: Mantan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump akan dikenakan pertuduhan jenayah yang keempat sejak Mac lalu, pada Jumaat (25 Ogos).
Kali ini beliau akan didakwa di wilayah Georgia.
Encik Trump, 77 tahun, menyerah diri kepada pihak Penjara Daerah Fulton pada pagi Jumaat.
Beliau adalah satu daripada 19 orang yang didakwa berpakat hendak mengubah keputusan Pilihan Raya Presiden tahun 2020 di Georgia.

Encik Trump dijangka dikenakan 13 pertuduhan termasuk melanggar akta anti jenayah terancang dan berpakat untuk memfailkan dokumen-dokumen palsu.
Pertuduhan tersebut tidak menjejas pencalonannya sebagai calon Parti Republican, empat kes yang difailkan terhadapanya hanya mengukuhkan kedudukannya.
Beliau memegang kedudukan yang kukuh dalam kalangan Parti Republican untuk mencabar Presiden Joe Biden dari Parti Democrat dalam pilihan raya November 2024.
Buat pertama kalinya, seorang mantan Presiden Amerika Syarikat, akan mengambil gambar bahagian muka di penjara itu.
Encik Trump hanya mengambil 20 minit di penjara tersebut sebelum ke kelab golf New Jersey miliknya.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.