Gamak ugut bunuh bapa gara-gara RM20
Seorang anak sanggup mengugut untuk membunuh bapanya dalam insiden di Kampung Nyior Sebatang, dekat Sungai Dua, Tasek Gelugor, pada Selasa (24 Sep) hanya kerana warga emas berusia 74 tahun itu enggan memberikan wang RM20 (S$6.60) yang diminta lelaki berkenaan.
Gambar hiasan.
TASEK GELUGOR: Seorang anak sanggup mengugut untuk membunuh bapanya dalam insiden di Kampung Nyior Sebatang, dekat Sungai Dua, Tasek Gelugor, pada Selasa (24 Sep) hanya kerana warga emas berusia 74 tahun itu enggan memberikan wang RM20 (S$6.60) yang diminta lelaki berkenaan.
Dalam kejadian jam 4.30 petang tersebut, suspek berusia 34 tahun naik berang dan bertindak mengamuk selepas permintaannya untuk mendapatkan wang - dipercayai bagi membeli dadah - diendahkan bapanya sebelum dia mengacukan pisau ke arah orang tuanya itu di rumah mereka.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), ACP Noorzainy Mohd Noor, berkata lelaki tersebut yang juga penagih dadah turut mengamuk dan merosakkan barangan dalam rumah.
"Suspek mengacukan sebilah pisau kepada bapanya sambil berkata “saya akan bunuh hang”. Ketika itu, hanya warga emas berkenaan dan anaknya berada di rumah manakala ahli keluarga mereka yang lain berada di tempat kerja," ujar Noorzainy.
Menurut beliau, warga emas itu bertindak membuat laporan polis selepas bimbang dakan keselamatan dirinya. Ekoran laporan tersebut, polis berjaya menangkap anak lelakinya di rumah mereka kira-kira sejam selepas kejadian.
Noorzainy berkata berdasarkan siasatan, kejadian itu bukan pertama kali berlaku kerana suspek akan mengamuk setiap kali dia gagal mendapatkan wang untuk membeli dadah.
Beliau menambah ujian saringan air kencing ke atas lelaki itu mendapati dia positif dadah jenis methamphetamin dan mempunyai empat rekod jenayah lampau berkaitan dadah serta jenayah.
Menurut Noorzainy lagi, lelaki yang tidak bekerja itu kini direman selama lima hari bagi membantu siasatan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.