Gaji tidak dibayar aduan utama pekerja hijrahan Qatar: PBB
Anggaran Waktu Membaca:
DOHA: Gaji tidak dibayar mendominasi jumlah aduan oleh pekerja hijrahan di Qatar, menurut agensi buruh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Selasa (1 Nov), 19 hari sebelum bermulanya Piala Dunia.
Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) menyatakan jumlah aduan oleh para pekerja melonjak lebih seganda dalam tempoh setahun kepada 34,425 dengan pelancaran platform baru online, dalam suatu laporan yang menggesa Qatar supaya memperkukuhkan pelaksanaan pembaharuan setelah kritikan terhadap rekod hak asasi manusia negara itu.
"Masalah utama aduan tersebut adalah gaji yang tidak dibayar dan faedah tamat perkhidmatan, serta cuti tahunan yang tidak diluluskan atau dibayar," menurut laporan ILO, sambil menambah bahawa 10,500 kes dibawa ke mahkamah pengadilan buruh, di mana hampir semua hakim menyebelahi para pekerja.
Laporan tersebut menyatakan jumlah pekerja yang dirawat disebabkan masalah cuaca panas yang dikaitkan dengan suhu musim panas di negara teluk itu semakin berkurangan, selepas sekatan baru diperkenalkan pada 2021.
Ia menyatakan empat klinik bagi pekerja hijrahan merawat 351 pekerja pada musim panas tahun ini, turun dari 620 pada 2021 dan 1,520 pada 2020.
ILO menyatakan Qatar berjaya melakukan pembaharuan penting yang "mempertingkat keadaan pekerjaan dan kehidupan ratusan ribu pekerja" dan memberi kesan kepada rantau teluk itu.
"Kami menyedari bahawa kami belum berada di garisan penamat, dan kami akan membina asas yang kukuh untuk menangani kekurangan dalam pelaksanaan kami, dan memastikan para pekerja dapat meraih manfaat sepenuhnya daripada pembaharuan besar ini," kata Ruba Jaradat, pengarah wilayah ILO bagi negara-negara Arab.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.