Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Gaji pekerja dipotong kerana keluar 3 minit lebih awal untuk makan tengah hari

Gara-gara sering meninggalkan pejabat tiga minit lebih awal untuk makan tengah hari, seorang penjawat awam mendapat notis gajinya dipotong. Bukan itu sahaja, dia juga dikenakan denda.

Anggaran Waktu Membaca:
Gaji pekerja dipotong kerana keluar 3 minit lebih awal untuk makan tengah hari

(Gambar hiasan: Martin Bureau/ AFP)

Diterbitkan : 21 Jun 2018 09:24PM Dikemas Kini : 21 Jun 2018 09:28PM

TOKYO: Gara-gara sering meninggalkan pejabat tiga minit lebih awal untuk makan tengah hari, seorang penjawat awam mendapat notis gajinya dipotong. Bukan itu sahaja, dia juga dikenakan denda.

Tindakan pekerja itu dianggap begitu serius sehingga para pengurus syarikat berkenaan mengadakan satu sidang media untuk memohon maaf atas kelakuan kakitangannya itu.

Itulah yang terjadi di Jepun baru-baru ini. Menurut NDTV, pegawai yang bekerja di badan pemerintah tempatan itu keluar pejabat lebih awal untuk makan tengah hari selama 26 kali dalam tempoh tujuh bulan.

"Waktu makan tengah hari adalah dari jam 12.00 sehingga jam 1.00 tengah hari. Dia meninggalkan pejabat sebelum waktu yang ditetapkan," kata seorang jurucakap kepada AFP.

Akibatnya, gaji pegawai berusia 64 tahun itu dipotong setengah hari di samping dikenakan denda.

Perkara seperti ini kedengaran seperti remeh tetapi bukan bagi masyarakat Jepun. Undang-undang dalam sektor perkhidmatan awam menetapkan bahawa para pegawai perlu memberi tumpuan kepada tugas mereka. Sesiapa yang bertindak seolah-olah tidak fokus pada pekerjaan mereka akan dianggap melanggar undang-undang, lapor NDTV.

Sudah pasti, berita ini mencetuskan satu perdebatan hangat di media sosial. Ramai dalam kalangan mereka menyebelahi pegawai berkenaan.

"Ini tidak masuk akal. Bagaimana pula jika mereka perlu keluar pejabat untuk menghisap rokok?" kata seorang pengguna Twitter dalam kiriman tweetnya.

"Adakah ini hanya satu gurauan? Adakah ini bermakna bahawa kami sama sekali tidak boleh ke tandas?" tanya seorang lagi pengguna.

Baru-baru ini, seorang pegawai juga digantung kerja pada Februari selama sebulan kerana meninggalkan tempat duduknya beberapa kali untuk membeli makanan pada waktu kerja.

Pegawai itu 'tidak hadir bertugas' selama 55 jam dalam tempoh enam bulan, menurut NDTV.  

Sumber : Agensi berita/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan