Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Gaji lebih tinggi di S'pura antara punca kekurangan jururawat di Johor Bahru

Anggaran Waktu Membaca:

JOHOR BAHRU: Johor berdepan masalah kekurangan antara 15,000 hingga 18,000 jururawat selepas sebahagian daripada golongan itu memilih untuk bekerja dalam sektor kesihatan di seberang tambak.

Demikian menurut laporan Astro AWANI. 

Ia difahamkan bahawa faktor tawaran gaji yang tinggi di Singapura menjadi antara sebab berlaku kekurangan jururawat di negeri itu.

Pengarah Kesihatan dan Perpaduan Negeri, Ling Tian Soon berkata, krisis jururawat di Johor akan dibincangkan bersama dengan Menteri Kesihatan Khairy Jamaludin dalam satu pertemuan yang akan diadakan dalam masa terdekat bagi mencari kaedah bagi menyelesaikan isu itu, menurut Astro AWANI. 

Katanya lagi, pada ketika ini, Johor mencatatkan nisbah seorang jururawat bersamaan 297 pesakit berbanding nisbah normal seorang jururawat bersamaan 200 pesakit.

Encik Ling berkata, walaupun tiada statistik khusus bagi jumlah jururawat warga Malaysia yang bekerja di Singapura, bilangan itu semakin meningkat saban tahun.

"Setiap tahun makin menambah (jumlah jururawat bekerja di Singapura), kerana sebelah sana (Singapura) tawarkan gaji yang sangat menarik,” kata beliau di sidang media selepas merasmikan sambutan Hari Jururawat peringkat negeri Johor di Persada Johor pada Khamis (19 Mei). 

Kata Encik Ling, sekiranya pendapatan biasa jururawat yang bekerja di Singapura ditukar nilainya ke Ringgit, maka jumlah yang diperolehi mereka menyamai gaji seorang doktor pakar di Malaysia.

Setakat ini, terdapat seramai 12,533 jururawat di Johor dengan pecahan 8,777 berkhidmat di hospital kerajaan dan 19 berstatus kontrak, sementara lagi 3,737 jururawat bekerja di hospital swasta.

Sumber : Agensi berita/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan