Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Gaji CEO Apple dipotong 40% tahun ini

Anggaran Waktu Membaca:
Gaji CEO Apple dipotong 40% tahun ini

(Gambar: Brendan Smialowski/AFP)

CUPERTINO: Gergasi teknologi Apple memotong ganjaran ketua eksekutifnya Tim Cook lebih 40 peratus berdasarkan panduan pelabur dan atas permintaan Encik Cook sendiri.

Dalam pendedahan kawal selia syarikat itu yang difailkan pada Khamis (12 Jan), sasaran pampasan Encik Cook akan dikurangkan kepada AS$49 juta (S$65 juta) pada 2023 berbanding AS$84 juta (S$111 juta) pada 2022, lapor agensi akhbar Jerman, dpa.

Antara perubahan lain, peratusan unit saham yang diberikan kepada Encik Cook yang terikat dengan prestasi Apple akan meningkat kepada 75 peratus pada 2023 berbanding 50 peratus selain untuk tahun-tahun akan datang, dedah syarikat itu selanjutnya.

Pada 2022, Encik Cook menerima ganjaran berjumlah AS$99.42 juta (S$131 juta), termasuk gaji pokok, geran saham dan insentif berbanding AS$98.73 juta (S$130 juta) yang diterimanya pada 2021 dan AS$14.77 juta (S$20 juta) pada 2020.

Jumlah pampasan yang diterima Encik Cook pada 2022 meliputi AS$3 juta (S$4 juta) gaji pokok, AS$82.99 juta (S$110 juta) pemberian saham, ganjaran pelan insentif bukan ekuiti sebanyak AS$12 juta (S$16 juta) dan pampasan lain sebanyak AS$1.43 juta (S$2 juta). 

Sumber : Agensi berita/Bernama/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan