Skip to main content

Dunia

Gajah liar selongkar kedai runcit di Thailand

Seekor gajah liar kelaparan mencetuskan keadaan huru hara di sebuah kedai runcit di Thailand pada Isnin (2 Jun) apabila ia memasuki kedai itu dari sebuah taman negara berdekatan dan menyelongkar kedai itu bagi mengambil makanan.

Anggaran Waktu Membaca:
Gajah liar selongkar kedai runcit di Thailand

Seekor gajah jantan diberi nama Plai Biang Lek, menyelongkar kudapan manis di sebuah kedai runcit di wilayah Nakhon Ratchasima di Thailand pada 2 Jun 2025. (Gambar: AP/Kanokporn Sriboon)

Diterbitkan : 05 Jun 2025 07:45PM
BANGKOK: Seekor gajah liar kelaparan mencetuskan keadaan huru hara di sebuah kedai runcit di Thailand pada Isnin (2 Jun) apabila ia memasuki kedai itu dari sebuah taman negara berdekatan dan menyelongkar kedai itu bagi mengambil makanan.

Rakaman kejadian itu menunjukkan seekor gajah jantan yang diberi nama Plai Biang Lek, berhenti sejenak di hadapan kedai tersebut yang terletak bersebelahan jalan raya utama Taman Negara Khao Yai di bahagian timur laut Thailand.

Gajah itu kemudian memaksa masuk ke dalam kedai itu dan berhenti di depan kaunter jurujual untuk merampas dan mengunyah beberapa kudapan.

Ia bahkan tidak berganjak walaupun diusir oleh pekerja taman negara itu.

Gajah itu kemudian berundur keluar daripada kedai itu sambil memegang beg berisi makanan ringan pada belalainya.

Menariknya, haiwan itu tidak menyebabkan banyak kerosakan kecuali kesan lumpur pada lantai dan siling kedai itu.

Dalam video yang dimuat naik ke media sosial, pemilik kedai tersebut, Kamploy Kakaew kelihatan terhibur sedang beliau berkongsi semula detik apabila beliau melihat gajah itu menyelongkar kedainya.

Cik Kamploy berkata gajah itu menghabiskan sembilan bungkusan keropok manis, sandwic dan beberapa kerepek pisang yang beliau beli pagi tadi.

Beliau juga berkata gajah itu meninggalkan kedainya tanpa mencederakan sesiapa selepas mengambil makanan.

Danai Sookkanthachat, seorang pekerja sukarelawan di taman negara itu berkata Plai Biang Lek, yang berusia kira-kira 30 tahun, sering kelihatan di kawasan itu dan ia juga akan memasuki rumah untuk mencari makanan.

Namun ini kali pertama ia dilihat memasuki dan menyelongkar sebuah kedai runcit.

"Selepas ia meninggalkan kedai itu, gajah itu membuka tingkap bilik tidur di salah sebuah rumah," katanya kepada AP.

Danai berkata gajah-gajah liar di kawasan Taman Negara Khao Yai sudah lama keluar dari hutan untuk menyelongkar dapur-dapur orang selama beberapa tahun, tetapi tahun ini, beliau mendapati gajah-gajah itu akan ke tempat-tempat lain secara rawak untuk mencari makanan.

Terdapat anggaran 4,000 ekor gajah liar di Thailand pada 2024, menurut Jabatan Taman Negara, Hidupan Liar dan Pemuliharaan Tumbuhan.
Sumber : AP/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita