Skip to main content

Dunia

Gajah liar rempuh masuk kedai di Thailand untuk makan 10 biji durian

Bau buah berduri yang mengancam ternyata memikat bukan sahaja golongan manusia, tetapi haiwan juga.

Anggaran Waktu Membaca:
Gajah liar rempuh masuk kedai di Thailand untuk makan 10 biji durian

(Gambar: Facebook/Siriphon Kerdsuchon)

Diterbitkan : 10 Jul 2020 02:32PM Dikemas Kini : 10 Jul 2020 02:36PM

KUALA LUMPUR: Bau buah berduri yang mengancam ternyata memikat bukan sahaja golongan manusia, tetapi haiwan juga.

Di Thailand, seekor gajah liar nekad merempuh sebuah kedai sebanyak dua kali di Phetchaburi pada petang Selasa (7 Jul) lalu makan lebih daripada 10 biji durian di dalam kedai itu.

Kejadian tersebut berlaku di Taman Negara Kaeng Krachan, iaitu taman negara terbesar di Thailand yang terletak dekat dengan kawasan Hua Hin berhampiran sempadan Myanmar.

Pemilik kedai pertanian itu Siriphon Kerdsuchon memberitahu wartawan bahawa gajah liar tersebut, yang barangkali dalam usia remaja, makan lebih daripada 10 biji durian yang bernilai sekitar ribuan baht (S$44) apabila ia memasuki kedai itu untuk kali kedua.

Haiwan itu juga merosakkan pintu kedai yang baru sahaja dicat dan dipasang setelah ia dirosakkan sebelum ini apabila gajah berkenaan pertama kali merempuh masuk ke dalam kedai yang sama.

Cik Siriphon yang berada di dalam kedainya apabila gajah itu datang tanpa diundang untuk makan malam, berkata bahawa beliau sudah bersedia dengan kamera untuk merakam aksi gajah tersebut.

Renjer taman Jiranun Sawatkul berkata siasatan sedang dijalankan dan mereka sedang mengumpulkan bukti.

Sumber : Agensi berita/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita