Skip to main content

Dunia

Gajah jinak bahagikan hadiah seperti Santa Claus di Thailand

Di Thailand, satu acara amal melibatkan beberapa ekor gajah di wilayah Ayutthaya diadakan sempena perayaan Krismas.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 24 Dec 2018 08:32PM Dikemas Kini : 24 Dec 2018 09:06PM

THALIAND: Di Thailand, satu acara amal melibatkan beberapa ekor gajah di wilayah Ayutthaya diadakan sempena perayaan Krismas.

Jika Krismas di Eropah sering dikaitkan dengan haiwan rusa khutub, di Thailand, perayaan itu diambil alih gajah-gajah jinak yang membahagi-bahagikan hadiah seperti Santa Claus.

Kanak-kanak dari sebuah sekolah di Ayutthaya itu ghairah menerima belon, makanan ringan dan lebih 500 barang mainan sempena Hari Krismas esok (25 Dis).

Meskipun Krismas bukan hari cuti umum di Thailand, sambutan perayaan ini tetap diadakan di merata negara.

Kanak-kanak dan orang ramai yang hadir, turut dihiburkan dengan gelagat gajah-gajah itu.

Sumber : Agensi berita/AA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita