Skip to main content

Dunia

Gagal ujian pernafasan gara-gara gelojoh makan durian

Baru-baru ini, pegawai polis di China 'tertangkap' seorang 'hantu' durian semasa menjalankan ujian pernafasan yang bertujuan untuk menahan pemandu mabuk.

Anggaran Waktu Membaca:
Gagal ujian pernafasan gara-gara gelojoh makan durian

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 02 May 2019 09:41AM Dikemas Kini : 02 May 2019 09:42AM

BEIJING: Ramai sudah sedia maklum bahawa ujian pernafasan di jalan raya adalah bagi menguji paras alkohol dalam badan seseorang dan menahan pemandu yang cuba memandu dalam keadaan mabuk.

Namun baru-baru ini, pegawai polis di China 'tertangkap' seorang 'hantu' durian semasa menjalankan ujian tersebut.

Astro Awani melaporkan, seorang lelaki di China didakwa gagal ujian pernafasan alkohol, selepas beliau mendakwa baru sahaja makan durian dengan banyak.

Menukil laporan di laman video Pear Video, lelaki di wilayah Jiangsu itu ditahan polis pada 17 April kerana disyaki memandu dalam keadaan mabuk.

"Saya baru lepas makan durian!" jerit lelaki itu yang jelas mengamuk.

Bagaimanapun, ujian darah yang dilakukan ke atasnya membuktikan beliau benar-benar bebas alkohol.

Insiden itu menyebabkan polis tempatan melakukan 'ujian sendiri', menurut Astro Awani.

Laman Pear Video menunjukkan seorang lelaki menjalani ujian pernafasan pada 29 April selepas memakan beberapa ulas buah durian dan paras alkoholnya adalah 36 miligram (mg) untuk setiap 100 mililiter (ml).

Menurut Astro Awani, paras alkohol yang dibenarkan di China adalah 0.02 peratus atau kira-kira 20 mg untuk setiap 100 ml.

Sumber : Agensi berita/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita