Gagal padam kandungan 'terlarang', WhatsApp berdepan denda di Rusia
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: AFP)
MOSKO: Khidmat aplikasi WhatsApp berdepan denda maksimum sebanyak empat juta rouble (S$67,140) selepas Rusia menuduhnya gagal memadamkan kandungan terlarang, lapor agensi berita RIA milik negara, pada Jumaat (19 Mei), memetik sebuah mahkamah Mosko.
Meskipun syarikat induk WhatsApp, Meta Platforms Inc diharamkan di Rusia tahun lalu sebagai pertubuhan "pelampau", aplikasi perbualan itu - yang terkenal di Rusia - sebelum ini belum menerima ancaman bagi prosiding guaman atas sebab gagal memadamkan maklumat yang terlarang.
Laporan RIA itu bagaimanapun tidak memberikan butiran mengenai maklumat yang didakwa gagal dipadam WhatsApp.
Ia menyatakan kes pentadbiran tersebut difailkan oleh pengawal selia perhubungan Roskomnadzor.
Sejak kempen ketenteraan bermula di Ukraine, Rusia memperkenalkan undang-undang penapisan baru lebih ketat, yang mana syarikat-syarikat teknologi termasuk Google, Wikipedia dan Discord sudahpun didenda.

Sumber : Reuters/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.