Gadis 14 tahun akan jalani pembedahan untuk memotong dua tangan lebihan
Veronica Cominguez, 14 tahun, yang tinggal di Bandar Iligan di Filipina, dilahirkan dengan dua tangan dan tumbuhan berbentuk bujur di bahagian dada dan perutnya.

Gambar fail: PHILIPPE HUGUEN/AFP
FILIPINA: Seorang gadis akhirnya akan menjalani pembedahan untuk memotong dua tangan dengan jari-jari separuh bentuk daripada kembar parasit yang tergantung daripada tubuhnya. Ini menurut Dailymail.
Veronica Cominguez, 14 tahun, yang tinggal di Bandar Iligan di Filipina, dilahirkan dengan dua tangan dan tumbuhan berbentuk bujur di bahagian dada dan perutnya.
Anggota badan berlebihan daripada kembar parasit yang tidak terbentuk dengan sempurna itu terus membesar lapor Dailymail.
Malah Veronica juga membersihkan 'kembarnya' dan memotong kuku-kukunya.
Bagaimanapun, Veronica kini dijangka dapat menjalani kehidupan biasa selepas para penduduk tempatan mengumpul dana supaya beliau dapat menjalani pembedahan di negara jiran, Thailand.
"Ketika saya masih kecil, saya fikir ia hanya berukuran satu kaki. Tetapi apabila saya meningkat usia, ia menjadi lebih besar," kata Veronica.
Menurutnya lagi, anggota lebihan tersebut berat, sekaligus menghadkan pergerakannya dan kadang-kala ada cecair yang keluar.
Ibu Veronica, Cik Flora Cominguez memberitahu bahawa keluarga mereka mempunyai sejarah mendapat anak-anak kembar.
Meskipun beliau tidak dapat mendapatkan pemeriksaan teliti daripada doktor semasa mengandung, beliau tahu beliau mengandungkan anak kembar dan sudah memilih dua nama.
Namun malangnya, adik Veronica tidak tumbuh dengan sempurna dan dia terpaksa membesar dengan kembar parasit.
Menurut Cik Flora, pusat Veronica sentiasa basah disebabkan disebabkan cecair yang keluar dan kadang-kala, terdapat juga darah.
Pejabat pemerintah daerah di kampungnya, yang meletakkannya di bawah sistem penjagaan kebajikan menyatakan beliau akan ke Thailand dalam masa beberapa minggu.
Menurut Dailymail, seorang jurucakap dari Majlis Barangay Kabacsanan berkata: "Pembedahan sudah diaturkan untuk Veronica dan kami berharap beliau akan menjalani kehidupan seperti biasa dan berada dalam keadaan sihat selepas ini."
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.