Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Gabungan parti utama M'sia umum sebahagian besar calon bagi PRU15 menjelang Hari Penamaan Calon

Anggaran Waktu Membaca:
Gabungan parti utama M'sia umum sebahagian besar calon bagi PRU15 menjelang Hari Penamaan Calon

Gambar fail pengundi di Malaysia. (Gambar: Bernama)

KUALA LUMPUR: Gabungan-gabungan parti utama Malaysia sudah mengumumkan sebahagian besar calon masing-masing bagi Pilihan Raya Umum ke-15 Malaysia, menjelang Hari Penamaan Calon pada Sabtu ini (5 Nov).

Pada Isnin malam (1 Nov), Pengerusi Barisan Nasional (BN), Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan 160 daripada 166 calon yang akan bertanding bagi kerusi parlimen di Semenanjung.

Secara keseluruhannya BN akan bertanding bagi 191 daripada 222 kerusi parlimen.

"Calon-calon yang diketengahkan adalah gandingan muka baru dan yang berpengalaman. Mereka mempunyai kekuatan rekod berbakti kepada rakyat dan kesegaran idea serta sudut pandang yang lebih bugar dalam kestabilan dan kemakmuran negara," kata Encik Ahmad Zahid.

Antara lain, Encik Ahmad Zahid dan Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob akan mempertahankan kerusi parlimen masing-masing.

Encik Ahmad Zahid di Bagan Datuk, Perak manakala PM Ismail di Bera, Pahang.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin pula diletakkan di kawasan undi Sungai Buloh, Selangor yang disifatkan sebagai kubu kuat Parti Keadilan Rakyat PKR.
Beberapa veteran UMNO seperti Annuar Musa, Shahidan Kassim, Nazri Aziz dan Tajuddin Abdul Rahman, antara 13 Anggota Parlimen BN yang digugurkan.
Sumber : Agensi berita/MU/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan