Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Gabungan parti pemerintah Jepun dijangka hilang majoriti kerusi parlimen, dedah tinjauan awal

Anggaran Waktu Membaca:
Gabungan parti pemerintah Jepun dijangka hilang majoriti kerusi parlimen, dedah tinjauan awal

PM Jepun Shigeru Ishiba. (Gambar: Kyodo News/AP)

TOKYO: Gabungan parti pemerintah Jepun dijangka akan hilang kerusi majoriti di parlimennya, menurut tinjauan awal pilihan raya umum pada Ahad (27 Okt).

Ia sekali gus menimbulkan ketidakpastian mengenai pembentukan kerajaan ekonomi keempat terbesar di dunia.

Satu tinjauan pendapat, yang dijalankan penyiar negara NHK, menunjukkan Parti Demokratik Liberal (LDP), yang telah memerintah Jepun sepanjang hampir seluruh sejarah pascaperangnya, dan rakan gabungan muda Komeito ditetapkan untuk memenangi antara 174 dan 254 daripada 465 kerusi di dewan rendah parlimen Jepun.

Parti pembangkang utama, Parti Demokratik Perlembagaan Jepun (CDPJ), diramal akan menang 128 sehingga 191 kerusi. Keputusan tersebut berkemungkinan bakal memaksa LDP atau CDPJ, memeterai perjanjian perkongsian kuasa dengan pihak lain untuk membentuk kerajaan.

Ketidakpastian tersebut timbul selang sembilan hari sebelum rakyat Amerika keluar mengundi untuk memilih Presiden baharu mereka. Ini sedang Jepun berdepan dengan pergolakan ekonomi dan hubungan yang semakin tegang bersama negara jiran, China.

Sementara itu, satu tinjauan pendapat oleh Nippon TV pula menunjukkan gabungan pemerintah akan memenangi 198 kerusi berbanding 157 yang dijangka diperolehi CDPJ, kedua-duanya jauh lebih rendah daripada 233 kerusi yang diperlukan untuk mencapai majoriti.

Ini sedang para pengundi dipercayai sengaja berpaling tadah daripada parti Perdana Menteri Shigeru Ishiba gara-gara skandal pembiayaan yang membelenggu parti tersebut serta inflasi.

Encik Ishiba memutuskan untuk mengadakan pilihan raya kilat tersebut dengan segera selepas dipilih menjadi ketua parti itu bulan lalu. Langkah itu diambilnya agar beliau dapat memperolehi mandat daripada rakyatnya bagi menyandang jawatan Perdana Menteri itu.

Perdana Menteri sebelumnya, Encik Fumio Kishida meletak jawatan selepas sokongannya mula menyusut disebabkan kemarahan yang kian meningkat dalam kalangan rakyat negara itu atas krisis kos sara hidup dan skandal yang melibatkan sumbangan kepada penggubal undang-undang, yang tidak direkodkan.
Sumber : Reuters/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan