Gabungan empat parti politik utama Kerajaan Perpaduan kuat, kata PM Anwar
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Bernama)
PUTRAJAYA: Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim berkata gabungan empat parti politik utama dalam Kerajaan Perpaduan adalah cukup kuat dan berupaya untuk menangkis komplot menjatuhkan kerajaan.
Mengesahkan wujudnya komplot untuk menjatuhkan kerajaan, Encik Anwar berkata Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sudah menyatakan komitmen untuk mempertahankan Kerajaan Perpaduan.
“Komplot itu ada tetapi tidak ada asas, kita tumpu kerja… tiap bulan ada strategi (jatuhkan kerajaan). Insya-Allah setakat kita pantau, keadaan (kerajaan) cukup kuat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Pekerja 2023 bertemakan Pekerja Pemangkin Wadah Malaysia MADANI di Putrajaya pada Isnin (1 Mei).
Sebelum ini, portal berita melaporkan dakwaan terdapat percubaan untuk menggulingkan Kerajaan Perpaduan oleh gerakan yang disertai beberapa Anggota Parlimen.
Empat gabungan politik utama iaitu PH, BN, GPS, GRS dan parti Warisan, yang membentuk Kerajaan Perpaduan sudah menandatangani perjanjian persefahaman pada 16 Disember 2022 bagi menjamin kestabilan politik serta memacu ekonomi Malaysia.

Sumber : Bernama/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.