Skip to main content

Dunia

Gabungan angkasawan muda dan berpengalaman bagi misi privet sulung AS

NASA menamakan kumpulan pertama sembilan angkasawan yang bakal terbang ke udara dalam pesawat Boeing dan SpaceX pada tahun 2019

Anggaran Waktu Membaca:
Gabungan angkasawan muda dan berpengalaman bagi misi privet sulung AS

(Gambar: NASA/AFP)

Diterbitkan : 04 Aug 2018 12:08PM Dikemas Kini : 04 Aug 2018 12:10PM

TAMPA: NASA menamakan kumpulan pertama sembilan angkasawan yang bakal terbang ke udara dalam pesawat Boeing dan SpaceX pada tahun 2019, semalam (3 Ogos). Mereka terdiri daripada para angkasawan muda dan berpengalaman yang berperanan mengekalkan kewibawaan tentang keupayaan Amerika Syarikat untuk menghantar manusia ke angkasa lepas.

Penerbangan bersejarah ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa dengan menaiki kapsul-kapsul yang dibina secara komersil akan berlepas dari Amerika sejak program angkasa lepas dihentikan pada 2011.

Sepanjang tujuh tahun lalu, para angkasawan NASA terbang ke angkasa lepas dengan menaiki kapal angkasa lepas Soyuz milik Rusia yang bernilai sekitar AS$80 juta (S$109 juta) bagi setiap angkasawan.

“Ini adalah perkara besar bagi negara kami dan kami mahu Amerika tahu bahawa kami sudah kembali dengan bakal menerbangkan para angkasawan Amerika menggunakan roket-roket Amerika dan berlepas dari Amerika,” kata pentadbir NASA, Jim Bridenstine semasa mendedahkan anak kapal baru di Houston, Texas.

Satu ujian penerbangan pesawat tanpa pemandu dijadualkan lewat tahun ini, manakala penerbangan berserta angkasawan dijadualkan pada pertengahan tahun depan. Demikian menurut NASA.

Bagi SpaceX, satu penerbangan demonstrasi tanpa sebarang penumpang dijadualkan pada November ini dan penerbangan berserta pemandu pula ditetapkan pada April 2019.

Sementara itu, NASA sedang berusaha menghasilkan roket-roket dan kapal-kapal angkasa lepas yang mampu membawa manusia kembali ke bulan dalam tempoh sedekad ini.

Sumber : Agensi berita/HS/hs
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita