Gabungan 8 parti Thailand sah terus sokong Pita
Pita Limjaroenrat, pemimpin Parti Move Forward (MFP), berucap kepada media sedang beliau mengumumkan kemenangannya dalam pilihan raya yang berlangsung pada Ahad di ibu pejabat partinya di Bangkok pada Isnin (15 Mei). (Gambar: AP/Wason Wanichakorn)
Demikian menurut Encik Pita pada Isnin, meskipun beliau mengalami kegagalan minggu lalu.
Namun, Encik Pita menambah bahawa jika beliau gagal mendapatkan lebih banyak undian daripada Senat dalam percubaan keduanya itu , beliau akan membenarkan parti Pheu Thai "ambil tindakan".
Hanya 13 Senator menyokong Encik Pita, 42 tahun, ketika pengundian minggu lalu, dengan yang lain menentangnya atau tidak mengundi.
Parti Encik Pita menyatakan bahawa para senator bertindak di bawah tekanan.
Encik Pita, seorang liberal dari sektor privet, berjaya meraih sokongan pengundi belia atas rancangannya untuk merubah landskap politik dan membawa pembaharuan kepada sektor-sektor dan institusi yang sudah lama dianggap tidak boleh diubah.
Ia termasuk undang-undang yang melarang menghina monarki, iaitu dasar yang menimbulkan kontroversi dan halangan dalam percubaan parti Move Forward untuk menggesa penggubal undang-undang menyokong Encik Pita.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.