Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Gabenor California isytihar darurat cacar monyet

Anggaran Waktu Membaca:
Gabenor California isytihar darurat cacar monyet

(Gambar: Robyn Beck/AFP)

Diterbitkan : 02 Aug 2022 05:12PM Dikemas Kini : 02 Aug 2022 05:12PM

LOS ANGELES: Gabenor California Gavin Newsom mengisytiharkan darurat pada Isnin (1 Ogos)berhubung jangkitan cacar monyet,bertujuan untuk mengukuhkan usaha vaksinasi bagi membendung penularan penyakit yang telah menjangkiti lebih 5,800 rakyat Amerika, lapor Reuters.

Wilayah dengan paling ramai penduduk itu mengesahkan 827 kes cacar monyet setakat Isnin, jumlah kedua tertinggi selepas New York dengan 1,390 jangkitan, menurut Pusat AS bagi Kawalan dan Pencegahan  Penyakit.

Kes pertama cacar monyet di Amerika Syarikat disahkan di Massachusetts pada 20 Mei, dengan kes pertama di California, melibatkan seorang individu yang melancong ke luar negara, dan disahkan lima hari kemudian.

Pengumuman Encik Newsom itu dibuat sembilan hari selepas Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan cacar monyet sebagai kecemasan kesihatan global pada 23 Julai.

Sekitar 70 negara di mana cacar monyet belum dianggap endemik telah melaporkan penularan penyakit itu, dengan jumlah kes di merata dunia melebihi 22,100, menurut kiraan Reuters yang diterbitkan pada Isnin. 

Laporan WHO pada 22 Julai menunjukkan lima kematian akibat cacar monyet  dilaporkan di seluruh dunia, semuanya di Afrika.

Pihak berkuasa negeri sudahpun mengagihkan lebih 25,000 dos vaksin sebagai tambahan kepada peruntukan vaksin sedia ada yang dihantar ke Los Angeles.

Gabenor New York, Kathy Hochul mengisytiharkan kecemasan cacar monyet pada minggu lalu, dengan satu daripada setiap empat kes AS dicatatkan di wilayah itu.

Sumber : Reuters/SU/ny

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa