Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

G7 setuju dengan peta dasar untuk berunding dengan Taliban

Negara-negara anggota G7 bersetuju dengan satu peta dasar mengenai bagaimana untuk berunding dengan Taliban.

Anggaran Waktu Membaca:
G7 setuju dengan peta dasar untuk berunding dengan Taliban

Anggota Taliban lakukan rondaan di Kabul menggunakan kenderaan berperisai Amerika Syarikat, yang dirampas dari pasukan keselamatan Afghanistan (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 25 Aug 2021 10:57AM Dikemas Kini : 25 Aug 2021 10:59AM

LONDON: Negara-negara anggota G7 bersetuju dengan satu peta dasar mengenai bagaimana untuk berunding dengan Taliban.

Menurut Perdana Menteri Britain Boris Johnson, persetujuan itu dicapai selepas satu mesyuarat diadakan dengan para pemimpin G7 yang lain.

Kumpulan itu mengadakan pertemuan secara maya pada Selasa (24 Ogos) untuk membincangkan tentang krisis di Afghanistan.

Ia diadakan menyusuli pengunduran tentera Amerika Syarikat dari Afghanistan, yang menurut Presiden Joe Biden, akan selesai sepenuhnya pada 31 Ogos ini.

Para pemimpin G7 berasa bimbang dengan cara Biden mengendalikan isu berhubung peperangan di negara itu.

Britain, Perancis dan Jerman adalah antara negara yang mengemukakan aduan sedemikian.

"Syarat utama yang kita tetapkan sebagai G7 adalah mereka harus pastikan perjalanan selamat bagi pihak yang ingin keluar dari negara itu, sehingga 31 Ogos dan seterusnya," kata Encik Johnson.

Menurut Encik Johnson lagi, beliau berharap pihak Taliban akan mempunyai kesedaran dan ingin bekerjasama dengan negara-negara G7 dengan membenarkan mereka yang ingin meninggalkan negara itu berbuat demikian.

Baru-baru ini, Biden mendedahkan bahawa pasukan tentera Amerika Syarikat akan terus berada di Afghanistan menjangkaui tarikh akhir pengundurannya bagi membantu proses pemindahan keluar warganya.

Pada Isnin (23 Ogos), pengarah CIA William Burns mengunjungi Kabul untuk bertemu dengan pemimpin politik terkemuka Taliban, Abdul Ghani Baradar.

Sumber : Agensi berita/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan