G7 seru pelanjutan, pelaksanaan penuh dan peluasan perjanjian bijirin Laut Hitam
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Oleksandr Gimanov/AFP)
TOKYO: Pemimpin ekonomi daripada Kumpulan Tujuh (G7) memutuskan pada Ahad (23 Apr) untuk "melanjutkan, melaksanakan sepenuhnya dan meluaskan" perjanjian penting untuk mengeksport bijirin Ukraine melalui Laut Hitam.
Demikian menurut menteri-menteri pertanian daripada kumpulan tersebut dalam satu kenyataan.
Perjanjian yang dicapai oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Turki, dimeterai di Istanbul pada Julai tahun lalu. Ia membenarkan Ukraine mengeksport lebih 27 juta tan bijirin dari beberapa pelabuhan Laut Hitamnya.
Rusia, yang menyerang jirannya pada Februari 2022, sudah memberi isyarat yang kuat bahawa ia tidak akan membenarkan perjanjian itu diteruskan selepas 18 Mei. Ini disebabkan beberapa permintaan untuk memudahkan eksport bijirin dan bajanya belum dicapai.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan selepas mesyuarat selama dua hari di Miyazaki, Jepun, menteri-menteri pertanian G7 "menyedari pentingnya" perjanjian itu, dengan berkata: "Kami menyokong pelanjutan, pelaksanaan penuh dan peluasan BSGI (Inisiatif Bijirin Laut Hitam)."
Anggota G7 "bersiap sedia"untuk membantu usaha pemulihan dan pembinaan semula Ukraine, termasuk termasuk menyediakan kepakaran dalam menjadikan kawasan lombong sebagai tapak tuaian dam membangunkan semula prasarana pertanian, menurut dokumen tersebut.
Menteri Luar Rusia Sergei Lavrov dijadualkan untuk membincangkan eksport bijirin Laut Hitam Ukraine bersama Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres di New York minggu ini.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.