Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

G7 perbaharui janji bantu sektor tenaga Ukraine, kata Jepun

Anggaran Waktu Membaca:
TOKYO: Negara-negara G7 dan pertubuhan yang berkongsi matlamat yang sama memperbaharui janji mereka untuk membantu sektor tenaga Ukraine.

Demikian menurut Menteri Luar Jepun selepas pertemuan kumpulan itu pada Jumaat (10 Mac).

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Luar Jepun, Menterinya Yoshimasa Hayashi berkata Tokyo berhasrat untuk menyumbang 10 mesin dan 140 unit peralatan berkaitan tenaga ke Ukraine.

Mesyuarat tersebut dipengerusikan bersama Encik Hayashi dan Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Antony Blinken.

Encik Hayashi memuji Ukraine kerana dapat mengatasi "musim sejuk yang teruk meski prasana tenaganya diserang berulang kali oleh Rusia."

Pada Khamis (11 Mac), Mosko melancarkan serangan peluru berpandu di merata Ukraine, meragut enam nyawa dan memaksa sebuah loji nuklear terputus bekalan elektrik.

Walaupun buat masa ini Ukraine dapat menampung keperluan tenaga elektriknya, negara itu menyaksikan antara 40 peratus hingga 50 peratus sistem tenaganya musnah akibat serangan peluru berpandu dan dron Rusia ketika musim sejuk, kata Perdana Menteri Denys Shmyhal.
Sumber : Reuters/AE/ae

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan