Skip to main content

Dunia

G7 gesa Rusia setuju gencatan senjata dengan Ukraine

Negara-negara G7 menggesa Rusia supaya bersetuju dengan gencatan senjata selama 30 hari dengan Ukraine, sambil memberi amaran bahawa sekatan-sekatan tambahan akan dikenakan jika Mosko enggan berbuat demikian.

Anggaran Waktu Membaca:
G7 gesa Rusia setuju gencatan senjata dengan Ukraine

Menteri Luar Kanada Melanie Joly berucap pada mesyuarat menteri luar G7 di La Malbaie, Quebec, Kanada, 13 Mac 2025. (Gambar: REUTERS)

Diterbitkan : 15 Mar 2025 07:49AM Dikemas Kini : 15 Mar 2025 07:50AM
WASHINGTON: Negara-negara G7 menggesa Rusia supaya bersetuju dengan gencatan senjata selama 30 hari dengan Ukraine, sambil memberi amaran bahawa sekatan-sekatan tambahan akan dikenakan jika Mosko enggan berbuat demikian.

"Kami menggesa Rusia supaya memberikan respons dengan mempersetujui gencatan senjata itu secara adil dan melaksanakannya sepenuhnya.

"Kami membincangkan langkah-langkah mengenakan kos tambahan ke atas Rusia sekiranya gencatan senjata ini tidak dipersetujui, termasuk melalui sekatan lanjut, mengenakan had harga minyak, serta sokongan tambahan kepada Ukraine dan langkah lain," menurut kenyataan bersama G7 yang dikeluarkan pada Jumaat (14 Mac).

Negara-negara G7 turut memberi amaran bahawa mereka mungkin menggunakan hasil luar biasa yang dijana daripada aset-aset Rusia yang dibekukan sebagai sebahagian daripada langkah terhadap Mosko.

Pada Khamis lalu, Presiden Rusia Vladimir Putin berkata beliau terbuka untuk gencatan senjata selama 30 hari dengan Ukraine seperti yang dicadangkan oleh Amerika Syarikat.

Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa gencatan senjata itu hanya boleh diterima jika ia membawa kepada perdamaian berkekalan dan menangani punca utama konflik.
Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita