G7 gesa guna piawaian teknikal antarabangsa bagi AI
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: AFP/Brendan Smialowski)
TOKYO: Para pemimpin negara-negara Kumpulan Tujuh (G7) pada Sabtu (20 Mei) menggesa bagi pembangunan dan penggunaan piawaian teknikal antarabangsa bagi kecerdasan buatan (AI) yang boleh dipercayai sedang para penggubal undang-undang negara-negara kaya menumpukan perhatian kepada teknologi baru itu.
Meskipun para pemimpin G7, yang bertemu di Hiroshima Jepun, mengakui bahawa pendekatan untuk mencapai "visi dan matlamat bersama bagi AI yang boleh dipercayai mungkin berbeza-beza", menerusi satu kenyataan mereka menyatakan bahawa "tadbir urus ekonomi digital perlu terus dikemas kini sejajar dengan nilai-nilai demokrasi yang dikongsi bersama".
Perjanjian itu dibuat selepas Kesatuan Eropah, yang mewakili G7, pada bulan ini melangkah selangkah lebih dekat untuk meluluskan undang-undang untuk mengawal teknologi AI, yang berkemungkinan menjadi undang-undang menyeluruh pertama bagi AI di seluruh dunia, lapor Reuters.
"Kami mahu sistem AI tepat, boleh diyakini, selamat dan tidak berdiskriminasi, tidak kira asal usulnya," kata Presiden Suruhanjaya Eropah Ursula von der Leyen pada Jumaat (19 Mei).
Para pemimpin G7 menyebut tentang AI generatif, yang merupakan subset yang dipopularkan oleh aplikasi ChatGPT, sambil berkata mereka "perlu segera meneliti peluang-peluang dan cabaran AI generatif."
Para pemimpin pemerintan itu bersetuju pada Jumaat untuk mewujudkan sebuah forum menteri yang dipanggil "proses AI Hiroshima" untuk membincangkan alat AI generatif, seperti hak milik intelektual dan maklumat palsu, menjelang hujung tahun ini.
Sidang puncak itu menyusuli mesyuarat para menteri digital G7 pada bulan lalu, di mana negara-negara - Amerika Syarikat, Jepun, Jerman, Britain, Perancis, Itali dan Kanada - menyatakan mereka perlu mengamalkan kawalan AI "berdasarkan risiko".

Sumber : CNA/NK/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.