Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

G7 cari kata sepakat terhadap waran tangkap Netanyahu

Negara-negara anggota G7 sedang mencari pendirian bersama mengenai waran tangkap yang dikeluarkan oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu.

Anggaran Waktu Membaca:
G7 cari kata sepakat terhadap waran tangkap Netanyahu

Bendera negara Kumpulan Tujuh (G7). (Gambar fail: Wolfgang Rattay/AFP)

Diterbitkan : 26 Nov 2024 07:42AM Dikemas Kini : 26 Nov 2024 07:48AM
FIUGGI: Negara-negara anggota G7 sedang mencari pendirian bersama mengenai waran tangkap yang dikeluarkan oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu.

Menteri Luar Itali Antonio Tajani berkata perkara itu dibincangkan semasa sesi kerja pertama Mesyuarat Menteri Luar G7.

Beliau menambah bahawa usaha sedang dijalankan untuk memasukkan perkara itu di akhir mesyuarat tersebut.

Amerika Syarikat menolak keputusan ICC dan Presiden Joe Biden menyifatkannya sebagai keterlaluan.

Di Itali sendiri, pendapat mengenai isu tersebut turut berpecah dalam kalangan pemerintah gabungan negara itu.

ICC telah mengeluarkan waran tangkap terhadap Encik Netanyahu, mantan Menteri Pertahanannya Yoav Gallant dan pemimpin Hamas, Ibrahim Al-Masri, atas dakwaan melakukan jenayah perang serta jenayah terhadap kemanusiaan dalam konflik Gaza.

Israel mengecam keputusan itu sebagai memalukan dan tidak berasas.

Encik Tajani turut mengundang para pemimpin dari Jordan, Arab Saudi, Mesir, Amiriah Arab Bersatu (UAE) dan Qatar untuk menyertai perbincangan di Itali, dengan tujuan untuk memperluaskan dialog mengenai isu tersebut.
Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan