Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

G7 alu-alukan ketibaan Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy

Anggaran Waktu Membaca:
JEPUN: Rumah Putih menyatakan Presiden Amerika Syarikat mengalu-alukan pertemuannya dengan pemimpin Ukraine Volodymyr Zelenskyy di luar acara sidang puncak kumpulan G7 di Jepun.

Mereka dijadual berjumpa pada petang ini (21 Mei).

Seorang pegawai kanan berkata Encik Biden akan terus mengulangi sokongan utuh dan padu Washington kepada Kyiv, dalam memandang ke hadapan.

Encik Zelenskyy juga dijadual mengadakan sesi bersama semua anggota kumpulan G7, sebelum satu sesi meluas bersama negara-negara lain yang diundang.

Beliau dijangka memberi taklimat kepada para pemimpin berhubung apa yang diperlukan oleh Kyiv dalam serangan balas yang dipertingkat ke atas Mosko, di mana Encik Zelenskyy katakan akan mewujudkan keadaan bagi mengakhiri pencerobohan Rusia selama 15 bulan di Ukraine.

Semalam (20 Mei), pemimpin Ukraine itu mengadakan perbincangan bersama Perdana Menteri India Narendra Modi, di salah satu daripada pertemuan yang paling diikuti di sidang puncak tersebut.
New Delhi sejauh ini mengelakkan daripada menyuarakan kritikan terhadap pencerobohan oleh Rusia itu.

Ia juga pembeli terbesar senjata dan bekalan minyak dari Rusia.

Menyusuli pertemuan itu, Encik Modi berkata India bersedia untuk terus menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada penduduk Ukraine dan menyokong usaha dialog dan diplomasi bagi menghuraikan krisis tersebut.
Sumber : Agensi berita/ha/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan