G20 sepakat terhadap draf perisytiharan iklim meski tanpa sokongan Amerika
Anggaran Waktu Membaca:
JOHANNESBURG: Para utusan G20 telah bersetuju dengan draf perisytiharan pemimpin tentang perubahan iklim menjelang sidang puncak hujung minggu ini di Johannesburg tanpa sumbangan daripada Amerika Syarikat, kata empat sumber pada Jumaat (21 Nov).
Pentadbiran Presiden Donald Trump telah mengumumkan bahawa ia akan memboikot sidang puncak dari 22-23 Nov itu menyusuli perselisihan faham dengan negara tuan rumah, Afrika Selatan.
Encik Trump berkata beliau tidak akan menghadiri Sidang Puncak G20 yang pertama di Afrika atas dakwaan - yang telah disangkal secara meluas - bahawa pemerintah majoriti kulit hitam negara tuan rumah itu menganiaya kaum minoriti kulit putih.
Beliau juga telah menolak agenda negara tuan rumah untuk menggalakkan solidariti dan membantu negara-negara membangun menyesuaikan diri dengan bencana cuaca yang semakin memburuk, beralih kepada tenaga bersih dan mengurangkan kos hutang yang berlebihan.
Bertentangan dengan Washington, negara-negara G20 telah memasukkan rujukan kepada "perubahan iklim" dalam draf perisytiharan itu, menurut sumber-sumber yang biasa dengan perkara itu, tanpa berkongsi butiran lanjut. Amerika Syarikat sebelum ini membantah sebutan tentang perubahan iklim.
RUMAH PUTIH TUDUH DRAF 'MEMALUKAN'
"Menjadi tradisi G20 yang telah lama wujud untuk hanya mengeluarkan hasil konsensus, dan amat memalukan apabila pemerintah Afrika Selatan cuba menyimpang daripada amalan standard ini walaupun terdapat bantahan berulang kali," kata seorang pegawai kanan pentadbiran Presiden Trump.
Walaupun bimbang akan kehilangan penyertaan anggota paling berpengaruh (Amerika Syarikat) akan menggagalkan perisytiharan di G20, sesetengah penganalisis masih melihat peluang untuk tuan rumah Afrika Selatan, yang bertekad untuk menetapkan agenda bagi pemimpin global dalam menghadapi Encik Trump terhadap diplomasi berbilang hala ini.
Sumber-sumber tersebut enggan memperincikan kandungan perisytiharan itu, dan tidak jelas konsesi apa yang perlu dibuat mengenai draf tersebut untuk membuat semua pihak bersetuju.
Tiga daripada empat perkara dalam agenda utama yang dirancang oleh Afrika Selatan - bersedia untuk bencana cuaca yang disebabkan oleh iklim, membiayai peralihan kepada tenaga hijau, dan memastikan mineral kritikal memberi manfaat kepada para pengeluar - sebahagian besarnya adalah mengenai perubahan iklim.
Presiden Afrika Selatan Cyril Ramaphosa berkata pada Khamis bahawa Afrika Selatan sedang berbincang dengan Amerika Syarikat, yang akan menjadi tuan rumah G20 pada tahun 2026, mengenai kemungkinan penyertaannya dalam sidang puncak itu, walaupun Rumah Putih kemudian menafikannya.
Encik Ramaphosa sebelum ini berkata beliau keberatan untuk menyerahkannya kepada "kerusi kosong". Rumah Putih pada Khamis menyatakan bahawa ia akan menghantar kuasa usaha Amerika ke Sidang Puncak G20, satu tawaran yang ditolak oleh Encik Ramaphosa.

Sumber : Reuters/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.