Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Fuziah Salleh dilantik Setiausaha Agung PKR berkuat kuasa serta-merta

Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Fuziah Salleh dilantik sebagai Setiausaha Agung PKR baharu berkuat kuasa serta- merta bagi menggantikan Saifuddin Nasution Ismail.

Naib Presiden PKR Nik Nazmi Nik Ahmad berkata Encik Saifuddin Nasution yang merupakan Menteri Dalam Negeri telah melepaskan jawatan itu bagi menumpukan usaha beliau sebagai Ketua Setiausaha Pakatan Harapan (PH), anggota Biro Politik PKR dan ahli Majlis Perundingan Pimpinan Kerajaan Perpaduan.

Beliau berkata perkara itu adalah antara penyusunan semula beberapa jawatan penting yang diputuskan oleh mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) hari ini (15 Sep), dalam usaha untuk memantapkan gerak kerja parti.

"Pada masa yang sama, jawatan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Pahang yang sebelum ini disandang oleh Fuziah, akan digantikan oleh Rizal Jamin.

"Untuk negeri Perak pula, Mohamad Hairul Amir Sabri dilantik sebagai Pengerusi MPN Perak bagi menggantikan Chang Lih Kang, manakala Lih Kang terus menjawat Naib Presiden PKR.

"Mohd Azlan Helmi pula dilantik sebagai Timbalan Pengerusi MPN Perak dan kesemua pelantikan ini berkuat kuasa serta-merta," katanya.

Selain itu, Encik Nik Nazmi berkata MPP PKR, turut bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Pengurusan dengan dianggotai Naib Presiden Nurul Izzah Anwar, Fuziah Salleh, Bendahari Agung William Leong, Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Muhammad Kamil Munim dan Timbalan Ketua Wanita Juwairiya Zulkifli, manakala Encik Saifuddin dilantik sebagai penasihat.
Sumber : Bernama/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan