Skip to main content

Dunia

FPDA masih relevan bagi M'sia, S'pura, tegas Hishammuddin

Malaysia menyatakan Perjanjian Pertahanan Lima Kuasa (FPDA) masih relevan untuk mempertahankan negara itu dan Singapura daripada ancaman luar.

Anggaran Waktu Membaca:
FPDA masih relevan bagi M'sia, S'pura, tegas Hishammuddin

Hishammuddin Hussein. (Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 26 Oct 2021 05:38PM Dikemas Kini : 26 Oct 2021 05:44PM

PUTRAJAYA: Malaysia menyatakan Perjanjian Pertahanan Lima Kuasa (FPDA) masih relevan untuk mempertahankan negara itu dan Singapura daripada ancaman luar.

Berucap di Parlimen, Menteri Kanan Pertahanan Malaysia Hishammuddin Hussein berkata FPDA akan membantu negara-negara yang berdepan dengan cabaran keselamatan tanpa menyerahkan kedaulatan.

"Setiap negara anggota bertekad untuk saling berunding mengenai langkah-langkah yang harus diambil sekiranya berlaku ancaman luar terhadap Malaysia dan Singapura," kata beliau.

FPDA yang ditubuhkan pada 1971, adalah kerjasama pertahanan melibatkan Malaysia, Singapura, New Zealand, Britain dan Australia.

Malaysia baru-baru ini menjadi tuan rumah mesyuarat menteri-menteri pertahanan FPDA.

Latihan pertahanan bersama juga dijalankan di Laut China Selatan serta di ruang udara Singapura dan Malaysia.

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita