Fosil T-Rex pecah rekod; dijual pada harga AS$31.8 juta
Salah satu spesimen fosil T-Rex paling lengkap di dunia dijual dengan harga AS$31.8 juta (S$43.2 juta) oleh pelelong, Christie di New York, hampir empat kali ganda harga tertinggi sebelumnya untuk dinosaur di acara lelong.
(Gambar: AFP)
NEW YORK: Salah satu spesimen fosil T-Rex paling lengkap di dunia dijual dengan harga AS$31.8 juta (S$43.2 juta) oleh pelelong, Christie di New York, hampir empat kali ganda harga tertinggi sebelumnya untuk dinosaur di acara lelong.
Ia memecahkan rekod bagi spesimen dinamakan 'Sue' yang dijual pada harga AS$8.4 juta (S$11.4 juta) pada Oktober 1997 oleh Sotheby kepada Muzium Sejarah Semulajadi Field di Chicago.
Hanya sekitar 50 fosil Tyrannosaurus ditemui sejak kali pertama ia digali pada tahun 1902.
Harga lelong mencecah AS$9 juta (S$12. 2 juta) dalam kurang dua minit namun, 14 minit kemudian hanya tinggal tiga pembida sahaja dalam percubaan untuk mendapatkan fosil itu. Harga lelongan terakhir dibida ialah AS$27.5 juta (S$37.4 juta).
Lelongan itu dianjurkan di New York, di mana terdapat seorang pakar penilai, tetapi bidaan melalui panggilan telefon juga dibuat pembida dari Hong Kong dan London.
Fosil yang diberi nama Stan itu mempunyai ketinggian 13 kaki (empat meter) dan 40 kaki panjang (12 meter) dengan tanda tusukan di tengkorak dan leher, dipercayai oleh pakar menunjukkan bukti pergaduhan dengan T-Rex lain.T-rex itu dipercayai beratnya sekitar lapan tan ketika hidup kira-kira 67 juta tahun yang lalu.
Ia ditemui di Dakota Selatan pada tahun 1987 dan dinamakan sempena ahli paleontologi amatur yang menemui rangkanya, Stan Sacrison.
Pakar paleontologi dari Institut Penyelidikan Geologi Black Hills di Dakota Selatan menghabiskan lebih 30,000 jam untuk menggali dan kemudian menyusun 188 tulang rangka.
Ia kemudian dibawa ke puluhan muzium di seluruh dunia yang menginginkan salinan spesimen Tyrannosaur yang luar biasa itu, yang dipercayai oleh para pakar berusia sekitar 20 tahun ketika ia mati.
Bagaimanapun, syarat penjualan menghalang pembeli daripada menghasilkan model 3D dinosaur. Menurut undang-undang, spesimen itu hanya dapat dijual jika fosil itu ditemukan di tanah peribadi, seperti dalam kes ini.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.