Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Forum, mesyuarat Datuk Bandar ASEAN di Kemboja bincang kerjasama bangunkan bandar bijak

Anggaran Waktu Membaca:
Forum, mesyuarat Datuk Bandar ASEAN di Kemboja bincang kerjasama bangunkan bandar bijak

PM Kemboja Samdech Techo Hun Sen. (Gambar: Bernama)

PHNOM PENH: Datuk Bandar negara-negara (ASEAN) bertemu di Phnom Penh pada Jumaat (2 Dis) bagi membincangkan bagaimana untuk menggalakkan kerjasama menyeluruh bagi membina bandar bijak, berdaya tahan dan mampan di rantau ini.

Berucap pada majlis perasmian Forum Datuk Bandar ASEAN dan Mesyuarat Gabenor/Datuk Bandar ASEAN 2022, Perdana Menteri Kemboja Samdech Techo Hun Sen berkata bandar menjadi nadi negara dan wilayah serta tempat tumpuan untuk semua jenis kegiatan, terutamanya di bidang sosioekonomi, budaya dan politik, lapor Xinhua.

“Justeru, pembangunan sosioekonomi dan masyarakat yang kukuh, mampan serta inklusif mesti bermula dengan pembangunan bandar bijak, berdaya tahan dan mampan,” kata beliau.

Beliau berkata sejak ditubuhkan pada 2018, Rangkaian Bandar Pintar ASEAN telah memberikan sumbangan besar bagi merealisasikan Wawasan Komuniti ASEAN 2025, Pelan Induk Kesalinghubungan ASEAN 2025, Agenda Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 2030 dan Agenda Bandar Baru.

Encik Hun Sen berkata ASEAN dan dunia sudahpun menghadapi beberapa siri cabaran dan mewujudkan bandar bijak serta hijau dengan penggunaan teknologi digital satu hala tuju paling tepat untuk masa kini dan akan datang.

“Bandar bijak mempunyai potensi besar dalam menangani isu perancangan bandar dengan cara yang inovatif, mengukuhkan daya tahan terhadap pelbagai risiko, terutamanya meningkatkan kesejahteraan dan kemakmuran penduduk tempatan dalam kebiasaan baharu,” kata beliau.

Pemimpin Kemboja itu berkata memastikan keamanan, keselamatan, kestabilan dan kemakmuran adalah asas utama serta paling penting untuk membina bandar bijak yang berdaya tahan dan mampan.

Beliau berkata semua pihak harus bekerjasama untuk mempercepatkan dan mengembangkan potensi kesalinghubungan dan integrasi bandar bijak ASEAN, dengan bersama-sama menggalakkan pendigitalan serta transformasi digital.
Sumber : Bernama/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan